Tuesday, 13 October 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Selamat berkunjung ke blog saya yang tak seberapa ini.

Tujuan utama saya menulis di blog ini dengan ikhlasmya sekadar nak memberi info buat pedoman bakal2 pekerja ladang. Saya hanya berkongsi pengalaman dan pengetahuan sahaja. saya bukan ejen pekerjaan dan juga bukan kontraktor. 

BAB 1: 

Apa yg perlu anda ketahui sebelum anda ke australia untuk bekerja ladang adalah beberapa masalah yang bakal dihadapi.

1. Pekerja dari Malaysia kebanyakkan nya tiada permit kerja.- makna nya kita kerja secara tidak sah kerana tiada akaun tax. (nak ada tax number kena mohon bridging visa, student visa dsb..)
2. Berkemungkinan besar di tahan di lapangan terbang australia.
3. Berkemungkinan di serbu immi semasa bekerja atau di rumah.
4. jika kerja tak menepati spec farmer anda mungkin di suruh pulang ( u are fired)
5. di tipu ejen. biasa nya ejen ni cuma bg kontak number kontraktor atau sub kontraktor je. yang lain kena urus sendiri. ada juga ejen yg bertanggungjawab dimana dia akan carikan kerja lain jika kerja yg pertama tak sesuai.
6. di tipu kontraktor atau sub kontraktor. - ini mmg asam garam bekerja di sini. jadi hati2 bila memilih kontraktor atau subkon. siasat dulu latar belakang mereka. byk kes tak bayar gaji. janji hourly dapat kontrak. 
7. kerja kat sini kebanyakkan mmg susah dan berat. kalau tiada keupayaan tiada kekuatan tiada ketabahan.. lupakan je la niat nak kerja di sini. sini kita kerja umpama org bangla atau org indonesia yg kerja di malaysia. kerja di sini kena lah cekal, tabah, tak memilih kerja, rajin bekerja, tak melawan cakap bos, dan sentiasa bersiap sedia utk tiada kerja selama seminggu atau lebih.
8. Kos sewa rumah, duit minyak, duit makan, peralatan kerja, pakaian kerja, perubatan.. semua tu kena tanggung sendiri


ini je yang saya ingat setakat ni. nanti kalau ada lebih lagi saya tambah.


No comments:

Post a Comment